Cart 0

MAX3232 RS232-to-TTL Signal Converter Module (DB9 Female Conncetor)

RM 13.50

1 x MAX3232 RS232 to TTL Serial Port Converter Module DB9 Connector MAX232

PENGENALAN:

MAX3232 module adalah Signal-Converter module yang sangat kecil dan compact dan sangat efektif dalam menukar sebarang Serial-TTL (+/-5Vdc) Signal kepada Serial-RS232(+/-) Signal dan juga sebaliknya.

Module ini mempunyai sepasang Transmitter(Tx) dan Receiver (Rx) yang perlu di sambung pada sambungan signal Rx/Tx Arduino atau PIC Controller anda.

SPESIFIKASI:

  • 100% Arduino Compatible (boleh digunakan bersama mana-mana Arduino Board)
  • RS232 Output Signal Voltage : +/- 13.2V
  • TTL Signal Voltage : 3.3V/5V (mana-mana)
  • Input/Operating Voltage : 3.3V/5V (mana-mana)
  • Pin : VCC, RXD, TXD, GND (4 units)
  • Chip : MAX3232 Surface mount
  • Size : 32mm x 30mm
  • Berat : 23g

PENGGUNAAN:

Module ini kebiasaannya digunakan untuk menghantar dan menerima signal untuk jarak jauh, sehingga hampir 15m maximum.


Arduino board dapat berkomunikasi dengan mana-mana Ardunio board yang lain dengan menggunakan Serial TTL communication.  Komunikasi ini menggunakan On-Board-Hardware Serial (Pin 0 & Pin 1), atau menggunakan Software Serial (menggunakan mana-mana pin yang telah di-assign dalam program).
Namun, TTL signal hanya dipandu oleh +/-5V dan hanya mampu dihantar dalam cable yang panjangnya 3m maksimum. Lebih dari itu, cable yang panjang akan mengundang 'Noise' dari sekeliling yang akan mengganggu data/signal yang diterima-hantar.


Untuk menggunakan  cable yang lebih panjang, signal TTL dari Serial port Arduino harus di-amplify kepada voltage yang lebih tinggi supaya signal nya adalah stabil dan tidak sensitif pada noise sekeliling.
Oleh itu, pilihan yang ada adalah dengan menggunakan Module RS232 converter yang boleh menggunakan cable yang panjang, 15m maksimum.

Untuk komunikas yang lebih jauh, anda perlu menggunakan RS485 conversion (sehingga 100m), atau terus memilih Wireless communication.

RESOURCE:

MAX3232 Datasheet